[VIDEO] ‘Abah’ Sambut Wira Negara…

WALAUPUN tidak lagi bergelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa atlet negara termasuk atlet paralimpik.

Malah meskipun dia tidak ke kejohanan tersebut yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini tetapi sentiasa mengikuti perkembangan semasa kejayaan atlet negara.

Bagi menzahirkan rasa bangganya, beliau turut hadir menyambut kepulangan kumpulan terakhir atlet paralimpik negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebuah video yang dikongsi di Instagram (IG) miliknya menarik perhatian netizen sehingga mendapat hampir 420,000 views.

Dalam perkongsian itu, beliau  turut memuji atlet Mohamad Ridzuan Puzi atau Dik Wan sebab berjaya meraih tiga emas pada Sukan Para Asia bagi acara 100 meter (T36), 400 meter (T36) dan lompat jauh (T36).

“Saya sayang semua atlet kita. Tetapi lelaki ini (Dik Wan) akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati saya. Saya masih ingat di Sukan Para Asean pada tahun 2017, dia sebenarnya demam.

“Tetapi dia masih bertegas untuk bersaing dan apabila dia menang, dia datang kepada saya dan berkata, ‘ini adalah untuk anda’.

“Saya amat berbangga dengan @ridzuan.___ kerana memenangi tiga emas di Asian Para Games dan memecahkan rekod dunia. Dan saya sangat bangga dengan setiap atlet negara. Mereka mengingatkan kita setiap hari bahawa kita tidak mempunyai alasan lagi kerana tidak mahu menjadi versi terbaik kita. Luar biasa,” tulisnya di IG miliknya.

Malah para netizen turut meninggalkan komen dan melahirkan rasa terharu mereka apabila melihat kearaban mereka meskipun tidak lagi menerajui Kementerian Belia dna Sukan (KBS).        

“Semangat abah @khairykj, jasa abah banyak menaikan wira dan wirawati negaran,” tulis malina_1001.

“Abah buat air mata kita nitis,” tulis Intan75yleo_oilhealing.

“Abah, lelaki yang hebat untuk mereka… air mata turun melihat mereka bagaikan melepaskan rindu yang terhalang,” tulis ashykin_aziz.

“Walaupun tiada kepentingan dalam KBS  tetap ambil berat… (saya) menghormatinya,” Salehsalad.

VIDEO PENUH :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Sinar Harian via IslamikInfo


Apa Kata Anda?