[VIDEO] “Againn! Cameramen Ni Mesti Aim… ”- Netizen Terhibur, Alif Satar Masuk TV Setiap Solat Jumaat!

Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Bin Mohd Satar merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang popular di Malaysia.

Alif telah mendirikan bahtera pada September 2014 dengan pasangan pilihan hatinya, Shadila Halid dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Pasti ramai yang melihat siaran langsung solat jumaat dan ternanti-nanti wajah Alif Satar? Kali ini, Alif Satar tidak menghampakan peminat di luar sana apabila sekali lagi wajahnya keluar di kaca televisyen.

Haha. Every week Alif Satar masuk TV?

Satu video berdurasi 33 saat sempat dirakam oleh isteri Alif dan video tersebut dimuat naik di laman Instagram beberapa jam yang lalu. Video tersebut mendapat 37 ribu tontonan dan rata-rata peminatnya mentertawakan ekspresi muka yang ditunjukkan oleh beliau semasa rakaman live tersebut.

VIDEO:

❤️ Ameen Ya Rabb al-‘Amin ❤️ @alifsatar

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on

Alif Satar juga sempat memberi tips di ruangan komen iaitu datang awal dan kejar saf paling hadapan untuk memastikan wajah sentiasa masuk ke televisyen. Jumaat kali ini merupakan kali ketiga wajah beliau keluar di kaca tv dan menghantui peminatnya untuk melihat live solat jumaat di TV1.

Ni baru artis contoh…

Confirm cameramen memang fans.

Mesti selalu datang awal solat jumaat ni.

Sumber: IG Shadila Halid

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?