[VIDEO]” Aksi Dato AC Mizal & Geng Baik Punya Cilok Menyanyi Lagu Hindustan Bikin Netizen Terhibur!

Bekas penyanyi rap anggota kumpulan 4U2C, Dato Mizal Dato’ Zaini atau lebih dikenali dengan nama glamournya sebagai Dato AC Mizal merupakan seorang pelakon, pelawak, dan pengacara TV yang sangat berbakat dan versatile. Krdebilitinya sebagai anak seni memang tidak boleh disangkal lagi apabila dia pernah memenangi beberapa anugerah pelakon dan pengacara TV paling popular.

Dato AC Mizal yang baru sahaja selesai mengadakan Baik Punya Cilok Concert yang bertempat di Istana Budaya bersama dengan sahabat dan artis legends yang lain iaitu penyanyi rocker Dato Awie, Dato Hans Isaac, dan Dato Afdlin Shauki. Sambutan konsertnya sungguh meriah sekali dengan persembahan istimewa daripada Dato AC Mizal sendiri.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato AC Mizal ada memuatnaik satu video dia dan geng Baik Punya Cilok iaitu Awie, Hans Isaac, serta Afdlin Shauki menyanyikan lagu hindustan berjudul ‘Bole Chudiyan Bole Kangana’.

Lucunya menerusi video tersebut, Dato AC Mizal menyanyikan lagu hindustan menggunakan nada dan tone suara seorang perempuan sambil memakai selendang berwarna hijau di kepalanya. Bukan main semakin lagi Dato AC Mizal menyanyi hindustan dalam konsert tersebut.

Memang win sangat gaya Dato AC Mizal menari ikut rentak lagu ‘Bole Chudiyan’. Malah, video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen;

“Ok Lanja 1 video konsert Sabtu lepas hari tu..Bole Chudiyan versi kami #BPC4D”.

VIDEO :

Komen netizen :

Aku geram ja yang pakai shawl tu…

Enjoy gila, tak boleh move on, sakit perut gelak…

DAC semua boleh, Versatile sungguh lah…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG emyliadac

 


Apa Kata Anda?