[VIDEO] Aliff Syukri Beli Kereta Baru Untuk Yusoff Al-Qardawi?

Rasanya ini bukanlah kali pertama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membeli kereta baharu untuk kegunaan diri dan keluarganya. Malah sejak tahun lepas, beberapa buah kereta telah dibeli Aliff termasuklah kereta berjenama mewah.

Beli Kereta Baru Untuk Yusoff Al-Qardawi?

Terbaru, menerusi Instagramnya, Aliff telah memuatnaik sebuah video menunjukkan dia telah membeli sebuah lagi kereta baru berjenama mewah berwarna putih. Kami difahamkan kereta tersebut dibeli Aliff bersempena dengan kelahiran anak keempatnya, Yusoff Al-Qardawi.

VIDEO : 

sekali sekala nak menunjuk kereta baru tak salah kann???????? terima kasih bos besar dato sri @smhafizsmshalahuddin @hamawangsa_automall

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Shahida Anggap Kereta Baru Untuk Semua Anak-Anak

Meskipun usahawan itu membeli kereta tersebut untuk Yusoff, namun isterinya, Datin Seri Shahida menolak anggapan Aliff dan memberitahu bahawa kereta itu adalah untuk kegunaan semua anak-anaknya termasuk dua orang anak angkatnya, Ameena dan Qayyum. Sebelum ini, Shahida pernah dikecam netizen apabila terdapat dakwaan mengatakan dia telah memilih kasih antara anak kandung dan anak angkatnya.

Meskipun begitu, Shahida menepis dakwaan berkenaan dan memberitahu dia melayan kesemua anak-anaknya sama adil dan penuh dengan kasih sayang. Kami begitu senang dengan sikap Datin Seri Shahida yang sentiasa merendah diri. Sama-sama kita doakan keluarga ini dimurahkan rezeki sentiasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG Aliff Syukri dan Shahida via Hangat


Apa Kata Anda?