
Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aafiyah Khalid yang merupakan puteri sulung dan anak kepada pasangan popular yang paling disegani ramai netizen, Dato Seri Siti Nur Haliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa. Sambutan Syawal keluarga Dato Siti lebih meriah tahun ini kerana dengan kehadiran Siti Aaafiyah.
Baru-baru ni, kakak ipar Dato’ Siti merangkap pembantu peribadi beliau, Rozi telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik satu video terbaru mengenai telatah puteri kesayangan Dato’ Siti, Siti Aafiyah ketika berada di spa bayi. Video tersebut merupakan telatah Siti Aafiyah tertidur di atas pelampungnya. Rozi telah memuatnaik video tersebut beserta dengan kapsyen :-
“Agaknya masuk kolam masa waktu Siti Aafiyah biasa tidur, itu yang dia meragam awalnya, sampai tertidurlah dia. #sitiaafiyahkhalid @ctdk”
VIDEO :
Rata-rata netizen yang menonton video telatah baby Aafiyah berenang memberikan pelbagai reaksi dan komen di laman Instagram milik Rozi. Netizen memuji baby Aafiyah sangat comel dan tembam. Wajahnya saling tak tumpah dengan wajah Dato Siti. Cepat betul si cilik ni membesar kan?
Ini beberapa komen netizen mengenai Si Comel Pipi merah kesayangan Malaysia.
Pipi labuh.. Semangat
Lahai tidur betul ya buntat
Dia ingat dia duduk dalam perut lagi kot
Sumber : Instagram Rozi Sang Dewi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady