[VIDEO] ‘Allahuakhbar! Very Strong Bonding Azal & Azil!, Moga Azal Tabah Berpuasa Sampai Penghujung’-Kesabaran Azal Bikin Netizen Terharu!

Cukup dengan berasa bersyukur atas anugerah dan nikmat yang telah Allah berikan kepada diri kita sebagai manusia walaupun tidak kelihatan sempurna di mata netizen. Malah, Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza bentuk fizikal dan bakat kerana Allah mahu kita belajar saling menerima kekurangan antara satu sama lain.

Kisah Azal dan Azil, sepasang anak kembar kepada selebriti cantik, Zarina Zainuddin sentiasa mendapat perhatian netizen. Malah, adik-beradik kembar ini bukan sahaja mendapat sokongan daripada peminat Malaysia, namun diluar negara, Indonesia juga. Ramai juga netizen daripada Indonesia yang menanti perkembangan tentang Azal dan Azil.

Zarina juga tidak malu berkongsi kisah tengang anaknya yang mengalami autisme kepada semua netizen. Sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh netizen membantu Zarina untuk terus menjaga Azal dan Azil.

Pasti ramai yang sudah faham keadaan di antara dua adik-beradik kembar ini. Keadaan Azal nampak seperti manusia yang normal kerana dia boleh bercakap seperti orang biasa, namun sebaliknya keadaan Azil yang tidak dapat bercakap sejak dilahirkan lagi. Walaupun dua beradik kembar ini sedikit berbeza dari segi kebolehan, tetapi Azal sangat menyanyangi Azil. Bak kata pepatah “bagai isi dengan kuku”.

Baru-baru ini bersempena dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al-mubarak, Zarina Zainuddin ada memuatnaik video mengenai anaknya Azal dan Azil. Bercerita mengenai video tersebut, Zarina telah memuatnaik di laman Instagram miliknya beserta dengan kapsyen “Azil tak dapat berpuasa, tunggal Azal panggil makan. Azal temankan Azil makan, Azal puasa“. Kapsyen tersebut telah membuatkan ramai netizen berasa bangga dengan Azal.

Walaupun Azal berpuasa namun dia masih menemani Azil untuk makan. Dalam video tersebut Azil bergegas turun dari tangga apabila Azal memanggilnya untuk turun makan. Biar pun puasa, tetapi kasih kepada kembarnya tidak goyah hanya kerana sebutir nasi.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memberikan komen Azal seorang anak yang sangat bagus dan prihatin kepada Azil. Ada juga netizen yang komen jatuh cinta dengan sikap baik Azal. Malah, ada yang salute dengan tindakan Azal walaupun dia juga sebenarnya anak yang istimewa.

Netizen terharu…

Azal berdikari…

Didikan ibu terbaik…

Sanggup teman makan…

Azal semakin baik…

Besar pahala…

Tabah berpuasa…

Kasih sampai syurga…

Sumber: IG Zarina Zainuddin

Sumber: Kisah Dunia via Islamik Info  /@DiariDunia


Apa Kata Anda?