[VIDEO] Almy Nadia Ditegur Peminat Gara-Gara Bentuk Badan

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata yang ketiga. Oleh sebab keadaannya itu, muncul pula seorang individu yang dianggap sebagai peminat telah menghina bentuk badan beliau secara terbuka.

Tentu sekali seorang wanita yang mengandung akan mengakibatkan fizikal mereka akan berubah dan sedikit berisi kerana hormon yang tidak stabil, namun ada seorang peminat yang tidak tahu Almy sedang hamil telah mencemuh beliau semakin gemuk dan hodoh.

Tidak boleh menahan rasa amarahya lagi, Almy menerusi akaun Instagramnya meluahkan betapa bengangnya beliau apabila dikritik peminat tersebut. Menjelaskan tindakan beliau itu, Almy berkata artis juga mempunyai perasaan, cubalah berfikir sebelum mengatakan sesuatu.

Kesian pada Almy, dari dahulu sehingga sekarang isu berat badannya terus menjadi bahan jenaka dan cemuhan. Hanya mereka yang pernah bergelar ibu sahaja akan tahu betapa sukarnya untuk kembali langsing selepas bersalin.

Min berharap agar Almy dapat bersabar dan jangan tertekan dengan apa yang terjadi, semoga Almy dapat menjaga kandungan dengan sebaik yang mungkin.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: IG Almy Nadia Via KL Menjerit


Apa Kata Anda?