[VIDEO] ‘Apahal Bibik Dia Lagi Lawaaa?…’ – Muat Naik Video Masakan, Tapi Bibik Aliff Syukri Pula Jadi Perhatian

Pernah menjadi trauma gara-gara barangan berharga dan wang tunai berjumlah ratusan ringgit dikebas orang gaji, kini Datuk Seri Aliff Syukri tidak serik malah semakin mesra dengan pembantu rumah baharu di kediaman mewah miliknya.

Terbaru, jutawan kosmetik itu telah memuat naik video di laman Instagram yang berkongsi dirinya sedang sibuk di dapur bagi menyiapkan resipi Indonesia yang dibantu oleh orang gajinya.

VIDEO :

gigih nak masak walapun time cuti. siapa nak rasa?? . . kalau nak rasa kn lah cuba resepi saya?? soon goreng ala indonesia.. selamat mencuba sissss and brooo.. kalau malas nak masak jommm ke @romahmakanterlajaklaris . . booking for party .. RMTL Kota Damansara (03-61500403). ( W/O) 11.30am-12.00am & Sungai Buloh (012-2431991) W/O 11.00am-11.00pm)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menerusi video berdurasi seminit itu, kelihatan Aliff ingin menunjukkan cara bagaimana untuk memasak resipi soun goreng ala Indonesia kepada pembantu rumahnya.

Namun apa yang menarik perhatian, kehadiran pembantu rumah yang tidak diketahui namanya itu telah menarik perhatian netizen untuk memberikan pelbagai komen.

Rata-rata memuji kecantikan dan kecomelan pembantu rumah berkenaan kerana memiliki kulit wajah yang bersih dan putih mulus berbanding mereka.

Cantiknya bibik!

Lawanya kulit dia!

Bibik pakai produk apa?

Namun tidak kurang ada juga yang menghargai hasil tangan pelakon filem Badang itu dengan memuji kesedapan masakan serta kerajinan dirinya untuk ‘turun’ ke dapur.

Nampak sedap!

Sedapnya Dato’

 

Sumber : OhMyMedia / Soyalemon


Apa Kata Anda?