[VIDEO] ‘Azal, Itu Lif Je Azal’ – Lucu! Azal Ingatkan Amyra Rosli & Amar Baharin Ada Di Depan, Rupa-Rupanya Gambar Sahaja!

Kalau disebut nama pelakon Zarina Zainuddin, pasti ramai yang akan mengenali anak mereka yang menghidap penyakit autisme bernama Azal dan Azil. Bukan senang menjadi ibu kepada dua orang anak autisme. Wanita yang tabah sahaja mampu menghadapinya kan?

Perkembangan Azal dan Azil sentiasa dinanti-nantikan di negara Malaysia. Namun siapa sangka, dua anak istimewa ini bukan hanya popular di Malaysia sahaja, bahkan mereka juga mempunyai peminat di negara jiran, Indonesia.

Azal sentiasa saja dilihat menemani ibunya melakukan penggambaran, ke anugerah berprestij dan juga majlis perkahwinanan. Pokoknya, dimana ada Zarina disitu ada Azal kan?

Baru-baru ini Zarina memuatnaik satu video ketika itu dia yang mahu pulang kerana esok masih ada lagi kerja yang perlu diselesaikan di Johor dan Singapura. Namun nampaknya Azal masih tidak berganjak dari lif.

Rupa-rupanya ada gambar Amyra Rosli dan Amar Baharin yang membuatkan Azal menghadap pintu lif dan bertanya..

Amyra, Amar dimana awak?

Ibunya Zarina mengajak untuk balik namun Azal bertanyakan soalan yang sama kepada gambar itu sehinggalah dia ditegur..

“Azal itu lif je Azal..” kata Zarina sambil ketawa

VIDEO :

Rata-rata ramai merasa gelagat Azal itu sangat lucu dan menggelikan hati

Comel je tengok Azal

Alololo cian Azal peminat Amar dan Amyra, kena pegi jumpa Azal

Tidak lama selepas itu, video itu mendapat perhatian pelakon Amar dan belia melahirkan rasa comel pada Azal yang rindu padanya.

VIDEO :

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?