[VIDEO] “Belah Tepi Rambut Dia..” – JOZAN Kembali! JOZAN Live Bikin Semua Terhibur

Johan dan Zizan atau lebih dikenali dengan nama Jozan semestinya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Mereka sering mencuri perhatian netizen dengan telatah spontan mereka. Mereka mencuri tumpuan kali ini dengan lawak bersahaja memang ‘win’.

Bagi Johan, meskipun mengakui selesa sebagai penyampai radio ERA, dia juga mahu muncul di TV bersama Zizan dalam program terbaru ini.

“Semua orang pernah menonton jenaka seperti Bocey, Zero dan Jozan tapi masing-masing ada pembawakan mereka sendiri.” Beza pembawakan kami tidak banyak sketch dan saya percaya sesiapa saja boleh menonton program ini,” katanya.

Menariknya, program Jozan yang akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 24 Julai ini menjadi program pertama untuk slot Lawak Live pada setiap Selasa jam 10 malam.

Kali ini, program selama sejam ini mengetengahkan isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi dan temubual. Sebanyak 22 aktiviti hiburan diwujudkan dalam program ini antaranya Perang Jantina, Bakat Ke Laut, Kita Ke Mahkamah, Lip Sync Battle, Horror Latah, Bual Bicara dan Hos vs Hos Challenge.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh pula berkata, penampilan Jozan kali ini lebih matang dan berkongsi pengalaman mereka dalam program komedi ini.

”Jozan mempunyai resipi mereka sendiri apabila buat jadi lain, itu uniknya mereka dalam program ini,” katanya.

Bila Zizan Razak bercerita tentang diri sendiri

VIDEO:

Berahsia ✔️ Action ✔️ Cantik ✔️ Bila Zizan Razak bercerita tentang diri sendiriii ❤️.. @zizanrazak869 #zizanrazak #JozanLive #jozan

A post shared by nooraenme (@nooraen869) on

Lawak memang lawak!

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG Zizan Razak via SoyaLemon


Apa Kata Anda?