[VIDEO] ‘Belum Berbuka Tapi Air Dah Separuh! Pecah Perut Gelak!’- Parodi Berbuka Puasa MeleTOP Bikin Netizen Gelak Tak Berhenti

Rancangan MeleTOP terkenal dengan cerita-cerita yang sensasi dan terkini daripada kalangan artis di Malaysia. Hampir semua isu yang dibincangkan merupakan isu terkini dan terdapat satu video parodi yang dihasilkan bagi setiap segmen.

Apa yang menarik perhatian netizen di luar sana ialah isu yang dibangkitkan MeleTOP kali ini sesuai pada bulan Ramadhan. Idea yang di ketengahkan merupakan idea semasa berbuka puasa yang dilakonkan oleh Syuk, Ali Puteh, Syaiful Zero & Sharif Zero. Tajuk video parodi yang lucu itu ialah ‘Dah waktu buka puasa ke belum ni?‘.

Selain itu, video berkenaan telah dimuat naik di laman sosial Youtube MeleTOP. Parodi berbuka puasa tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 90k daripada netizen di luar sana. Pastinya telah mecuit hati netizen yang menonton video tersebut.

Selalunya kalau di kedai makan, perkara pandang sekeliling memang acap kali dilakukan. Berikut merupakan video penuh yang telah ditayangkan di Youtube.

Siapa pernah makan sebelum berbuka puasa sebab pandang orang disekeliling? Tapi jangan salahkan orang lain pulak ye. 

Video Penuh:

Berikut merupakan komen yang telah dimuat naik oleh pengguna di laman sosial Youtube. Rata-ratanya terhibur dengan video parodi lakonan Syuk, Ali Puteh, Syaiful Zero & Sharif Zero.

Memang tak pernah tak kelakar…

Bukan Muslim lah…

Masalahnya air tu dah separuh…

Pecah perut gelak…

Meleleh air liur aku tahan gelak…

Hilang kelaparan ceq…

Yang buat aku ketawa muka Sharif…

Tak padan dengan muka…

 

Sumber: Youtube Meletop via KisahDunia.COM  / @LubukMaklumat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?