[VIDEO] ‘Berbunga Hati’ – Aksi Yusuf Iskandar Bila Hanis Minta Cium Ini Buat Ramai Orang Cair! Alahai Goodboy!

Dek kerana populariti yang dikecapi sesetengah artis, anak mereka turut terkena tempias daripada dunia ‘glamour’ tersebut. Dilahirkan dengan wajah yang comel dan bijak membuatkan mereka turut menjadi ikutan netizen. Antara yang sering menjadi sebutan hari ini ialah Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana, Yusuf Iskandar dan ramai lagi.

Haih memang cair habis la tengok reaksi mereka ini kan? Memang bijak betul. Terbaru, Hanis Zalikha memuat naik reaksi diterima daripada Yusuf apabila beliau meminta ciuman akibat terlalu penat mengemas rumah. Korang tengok la sendiri! Melting..

Semua berbunga hati kan tengok Yusuf lari masa first kiss. Slide tepi untuk tengok reaction dia bila kita mintak second kiss. Siap mengesot protes. Sampai abang ingat nak main dengan dia. / #MyLittleHeroes #YusufBujibu Rabu 9pm Astro Ria

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Pada video pertama, Hanis dengan lembut meminta ciuman daripada Yusuf, ‘Yusuf can i have a kiss…’. Yusuf dengan comelnya berlari menuju kepada Hanis lalu memberinya ciuman. Dengan mengah-mengah dia tu alahai comelnya!

Namun, pada video kedua apabila Hanis meminta satu lagi ciuman Yusuf dengan berat merangkak menuju ke Hanis. Sehinggakan Bujibu salah faham, ingatkan Yusuf mahu bermain. Hahaha!

Ramai orang melting

 

Setakat ini Yusuf mempunyai 2.1 juta pengikut di Instagram memaparkan pelbagai foto dan video comelnya itu. Memang bijak sangat. Memang tak puas tengok aksi nakal anak bujang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini kan? Cair habis! Bayangkan lah masa tengah bermain pun boleh berlari-lari menuju kepada ibu, manja betuii..

Sumber : Instagram Hanis Zalikha

 

Kredit: Kisah Dunia / ceriteradunia

 


Apa Kata Anda?