
Memang seronok lihat seorang ibu mengandung yang cantik dan berseri-seri seperti Datin Sri Nur Shahida yang merupakan isteri kepada pengasas produk kecantikkan dan kesihatan Datuk Seri Aliff Syukri.
Pasangan merpati dua sejoli, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham. Seperti yang diketahui umum, pasangan ini juga memiliki dua orang anak angkat yang sangat comel.
Paling menarik perhatian ialah reaksi anak-anaknya yang berebut untuk menciumnya tanpa henti. Bak kata, kasih sayang ibu sampai ke syurga.
Sebelum nak buat aksi ni kena bagi dorang tengok filem batu belah batu bertangkap. Baru jadi lakonan saya.
Lakonan Datin Shahida telah mencuit hati netizen di luar sana kerana kasih sayang yang dipaparkan oleh keluarga ini. Video tersebut telah mendapat 240k tontonan dan 26k likes.
Samalah lakonan kita bila anak-anak buat hal…
Cute je diaorg ni…
Seronoknya tengok keluarga datin…
Sumber: IG Datin Shahida
KisahDunia.COM