[VIDEO] Buat Baju Untuk Badan Besar, Michael Ang Guna Model ‘Gempal’ Untuk Catwalk Di Fashion Show. Epic!

 

Walaupun isu mengenai komen pengkritik fesyen sudah berlalu, namun topik itu masih jadi bualan netizen terutama sekali di media sosial. Beberapa artis turut berkongsi pendapat serta meluahkan rasa marah di laman Instagram dan Twitter. Sedar dengan hal itu, pengarah terkenal mengambil kesempatan yang ada untuk membawa individu berbadan besar ke pentas catwalk untuk memperagakan baju sempena hari raya. Wahh memang rare betul! Jom lihat video di bawah ini.

Lain dari yang lain, khas untuk individu berbadan besar

Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, untuk koleksi Hari Raya akan datang Michael Ang telah menghasilkan baju khas kepada sesiapa yang berbadan gempal. Bukan itu sahaja, malah pengarah terkenal itu menggunakan model berbadan besar untuk memperagakan pakaiannya. Cara catwalk pun memang sempoi habis.

Ambik kau! I guarantee u all Yg semua yang atas catwalk tu lebih Dari 60kg! @starvilion #starvilionlebaran2018 jgn lupa beli baju melayu I sekarang ok! Selamat Hari raya! Luv u all! Peace!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Fashion show paling sempoi!

Sumber: Instagram Michael Ang, YouTube Budiey

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?