[VIDEO] ‘Cantik, Terkenal & Aktif Bersukan!’ – Kenali Bintang Telenovela Maria Mercedes, ‘Rosalinda’ Thalia & Kehidupan Mewahnya

Masih ingat lagi tak aktres yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico ini memberi kesan mendalam kepada peminat drama bersiri hingga ke hari ini. Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda kini melewati usia 47 tahun. Tapi pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan mata!

Sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 10 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 7 tahun. Tommy yang bertindak sebagai penerbit muzik, buku dan usahawan berjaya dalam arena seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey yang dikahwininya selama lima tahun sebelum berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia hujung tahun 2000.

Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan.. tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Sering menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di Instagram miliknya selain berkongsi momen terindah saat berlayar di atas kapal persiaran mewah.

Sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Tahun ini, Thalia hadir dengan lagu duet terbaharunya ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh hampir 206 juta tontonan di YouTube!

Selain berkongsi rutin harian bersama para peminat, wanita cantik ini seorang yang aktif dalam sukan lasak. Bulan Jun lalu, Thalia telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. 

Demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga, Thalia selesa menjalani rutin senaman pilates. Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates yang ternyata bukan mudah dan memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.

Kapsyen Ig :

Flexible, abierta, fuerte, atrevida, sexy, suave, firme y libre es como me siento cuando hago lo que me da placer. ⭐ Flexible, strong, daring, sexy and free… that is how I feel when I get to do the things I love! #pilates #pilatesreformer #pilatesbody #yoga #exercise #movement #happiness ???????????????????? —-Earned it by The Weekend ——A post shared by Thalia (@thalia) on 2018-01-02T03:18:14+00:00″>Jan 1, 2018 at 7:18pm PST

VIDEO :

So lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh seksi seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang bakal memasuki usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Ig Thalia via SoyaLemon


Apa Kata Anda?