[VIDEO] “Comelnya Anaqi! Becok Mulut Dia, Kuat Borak Rupanya”- Kelakuan Aqeef Anaqi Curi Perhatian Netizen

Siapa yang tidak kenal pasangan pelakon yang sama cantik sama padan Amyra Rosli dan Amar Baharin? Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan putera sulung yang comel dan kacak seperti ayahnya, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober tahun lalu.

Pasangan ini telah mewujudkan laman instagram untuk Aqeef Anaqi bagi mempamerkan perkembangan anaknya kepada peminat di luar sana. Gelagatnya yang comel dan sentiasa senyum sering kali dimuat naik di laman Instagramnya.

Semalam, satu video yang berdurasi 37 saat telah dimuat naik yang memaparkan gelagat dan kelakuan Anaqi yang semakin bijak seperti sedang bercerita.

Disamping kecomelannya, senyumannya yang manis telah menarik perhatian netizen dan memuji anak pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang berpipi comel dan tembam. Video yang telah dimuat naik itu telah mendapat 32k likes dan 264k tontonan di instagram.

Sembang raya ke tu?

VIDEO:

Berikut merupakan komen yang telah ditulis oleh netizen. Rata-ratanya memuji kecomelan Aqeef Anaqi dan terhibur dengan gelagat Anaqi yang bijak. Comel kan?

Awak sembang apa tu?

Awat comel sangat ni…

Aqeef nyanyi lagu raya ye…

Sumber: IG Aqeef Anaqi via KisahDunia.COM

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?