[VIDEO] “Cutenya Lahaii! Bila ‘Ayah’ Jaga Anak… Jangan Bagi Tahu Mommy Tau…”- Telatah Aqeef Anaqi Curi Perhatian Netizen

Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli ini bagai pinang dibelah dua, telah dikurniakan seorang putera yang sangat kacak dan comel iaitu Aqeef Anaqi yang lahir pada 15 Oktober tahun lalu. Pasangan ini telah mewujudkan akaun Instagram untuk Anaqi dan memiliki jumlah pengikut seramai 460 ribu.

Kecomelan pipi ‘pau’ milik Anaqi telah menjadi perhatian netizen di luar sana ditambah pula dengan keletahnya yang sentiasa mencairkan hati sesiapa yang melihat si comel ini kerana berpipi comel dan tembam.

Beberapa jam yang lalu, video yang berdurasi 50 saat telah dimuat naik yang memaparkan gelagat dan kelakuan Anaqi yang semakin bijak iaitu bermain bersama Amar di dalam kereta sambil menyerlahkan senyuman nakalnya.

VIDEO:

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 100 ribu dan rata-rata peminat terhibur melihat kegembiraan keluarga ini. Kecil-kecil dan pandai gelak besar ya Anaqi? Hahaha

Sumber: IG Amar Baharin via @LubukMaklumat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?