[VIDEO] “Dia Memberi Satu Pandangan Sayu ” – Ujar Hattan, Ameng Spring Ketika Kali Terakhir Berjumpa Saleem

Ameng, 49, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata, kali terakhir berjumpa arw4h Saleem, mereka masih sempat berborak dan menitipkan beberapa nasihat buat arw4h.

Tambahnya, seminggu sebelum meningg4l dunia, tangan dan mulut arw4h tidak henti berzikir kepada Allah SWT.

“Ketika kali terakhir berjumpa arwah minggu lalu, dia dalam keadaan ok. Cuma, saya perasan dia memberi satu pandangan sayu. Saya pun duduk dekat dengannya dan kami berbual.

“Saya suruh dia bersyukur banyak-banyak sebab Allah masih beri peluang untuknya terus hidup. Saya juga minta dia perbetulkan mana yang silap. Alhamdulillah, dia boleh terima. Pada masa sama, mulut dan tangannya sentiasa berzikir.

“Saya cakap pada diri, Allah akan panjangkan usia arwah. Namun, tidak menjangka itu pertemuan terakhir kami. Allah lebih sayangkannya,” katanya kepada Harian Metro.

Ameng yang juga bekas vokalis kumpulan Spring berkata, arwah juga banyak mengikuti program keagamaan sebelum terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Sebulan sebelum kemalangan, arwah ada buat tazkirah bersama ustaz selebriti lain di sebuah masjid. Saya anggap itu satu kemajuan yang baik dalam dirinya.

“Malah, sejak tiga tahun kebelakangan ini arwah juga banyak berubah sikap. Namun, sepanjang mengenali arwah dia seorang yang baik.

“Siapa yang rapat dengan arwah saja tahu dia macam mana. Apa pun, semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

VIDEO PENUH :

Sumber : JomBaca via SoyaLemon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady


Apa Kata Anda?