[VIDEO] ‘Eh Tiberrr!’ – Lawak Gila Dan Ada Isi Tersirat, Jaa Suzuran Buat Parody Faiz Roslan Pula!

Baru-baru ini heboh kontroversi yang sekali lagi melibatkan nama seorang Instafamous, Faiz Roslan berhubung video livenya yang mengakui dirinya tidak berpuasa tersebar di internet.

Video tersebut benar-benar menarik perhatian ramai pihak dan kecaman demi kecaman dicampakkan kepada Faiz atas pengakuannya itu.

Golongan selebriti juga turut meluahkan rasa kecewa dan marah dengan Instafamous tersebut dan semalam Mufti Wilayah Persekutuan, Datul Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga turut memberi respon terhadap isu Faiz ini.

Dalam pada itu, MH tertarik dengan sebuah video parody Faiz yang daripada penyampai radio popular, Jaa Suzuran.

Video parody tersebut dikongsikan oleh Jaa menerusi akaun Instagramnya. Tak dapat dinafikan video tersebut membuat ramai netizen terhibur melihat aksinya meniru gaya Faiz namun begitu, dalam lawak ada terselit mesej tersirat yang disampaikan oleh Jaa.

VIDEO :

sebab tu la aku sokong apa sharnaaz ckp !! ckp baik baik pujuk tak mkn saman budak ni.. berani sgt sgt dah dia .. orang sampaikan .. orang tegur .. sembunyi sembunyi x jln .. bukan suka suka nk marah ko.. tapi bersebab!! kami pompuan if x puasa pun malu nk ckp x posa . kau?? bangga nau nau .. kalau x tegur esok Allah tanya knapa x tegur? atleast habis dah bahagian kami . kenapa tegur terang terangan? sb .. dia ni tegur sembunyi x jln dah kalau ya pun nk femes jgn sampai permainkan puasa dan solat ???? kami pun x baik dik so sama sama lah perbaiki . moga Tuhan beri kamu kesempatan sebelum di tarik nikmat yg kamu ada skrg. kamu kan femes???? jika kita x puasa kita jgn upload video makan di bulan puasa dik.. #penghinaanramadhan jangan sombong dgn Allah .. kalau dgn ulama pun kamu tak nak dengar .. kamu nk dgr dari siapa.. oh ya .. lupa kak za yes . saya seorang penyanyi dan pelakun .. 22 tahun yg lalu .. kehidupan saya x tentu arah .. betul✅ bnyk kejadian yg buat saya berubah .. antara nya Allah antar teguran dari netizen !! saya risau sb saya ada mak ayah .. dan teguran netizen buat saya bnyk merenung sampai bila saya nk mcm tu .. dan ada satu teguran yg buat saya berubah .. teguran dari Allah .. buat saya terus nk ubah dari segala segi .. so pada yg ckp kak za pun nari lah terkinja tu dulu dik !!dan itu adalah pekerjaan !!bukan nari bodoh bodoh ! itu kehidupan kak za yg lalu.. kak za kalau boleh nk ubah masa supaya kak za bukan yg itu .. tetapi kak za yakin .. kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yg lebih baik. org tegur jgn sombong! ambil la positif .. kalau awak pk negative teguran org . hurmm x tau la nk ckp mcm mana kan .. ni kalau dah x boleh tegur camano! nk bekap tera mana lagi dik.. kita ubah perlahan lahan jujur dan istikhomah ok . manala tau teguran dari kami yg kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik .

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0187785456 (@azzaelite) on

Saya sedar saya siapa ☹️ #JaaWoslan

A post shared by Jaa ERA (@jaasuzuran) on

“Saya sedar saya siapa ☹ #JaaWoslan,” tulisnya di ruang kapsyen video yang dikongsikan.

Di ruang komen pula penuh dengan gelak tawa daripada netizen.

acergam: Hahahah eh tiber hahah eh tiber eh tiber????????????

__terree: PECAH HABESS HAAHHAHHAHAHHAHHAHAHAH

maiashahimi: Hhahahhaha masuk air la mung ni @jaasuzuran . Part ehhh tiber tu rasa nk cili2 je. Annoying pulakkkk

__syhmie: Sumpah xbleh move. Deep teruks. Hahah kelakar dia pun teruks. Ehh tibeee. Cam bodoh jer hahaha.. Nice video. Penyampaian yg penuh dan ckup bermakna. Ehhb tibee..

Aduh pecah perut MH ketawa melihat Jaa meniru gaya Faiz yang boleh dikatakan menjadi. Apapun, MH harap mesej yang disampaikan oleh Jaa dalam videonya ini dapat dijadikan contoh oleh semua.

 

Sumber : MediaHiburan

SoyaLemon.ORG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?