[VIDEO] Guna Khidmat Jokey Di Majlis Fattzura, Duit Elfira Loy Dalam Kereta Hilang!

Semalam, MH seronok lihat perkongsian rakan-rakan selebriti di media sosial yang menghadiri majlis resepsi penyanyi dan pelakon, Fattah dan Fazura.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak perkongsian tersebut, MH terkejut melihat pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa kecewanya apabila terjadi satu insiden kepada dirinya semasa menghadiri majlis tersebut.

“Hai guys, I just got back from Fazura’s wedding and guess what happen? Kita orang ada simpan duit dalam kereta tapi bila balik, dah tiada.

“Duit tu kita orang letak di dashboard, tapi bila balik takde, duit seringgit tak nak ambil, duit RM100 ambil. Park kat valet hotel.

“Sebenarnya El dah banyak kali park kat valet hotel tapi tak pernah jadi macam ini dan hari ini ia jadi, mungkin tak ada rezeki tapi tak sangka yang tak boleh percaya pada parking ‘valet’ ini,” katanya dalam video tersebut.

 

Wow, banyak tu jumlah yang diambil…bila MH tengok video tu pun memang Elfira kedengaran sangat marah dan kecewa.

Harapnya, Lepas ini Elfira akan lebih berhati-hati dan tidak mudah nak percayakan orang sangat.

sumber: IG Story Elfira Loy

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?