[VIDEO] “Hadoiii Rasa Nak Terbelit Usus Gelak Perangai Hang Ejad” – Netizen Terhibur Siti Elizad Bawa Watak Komedi

Pelakon Siti Elizad mengakui lebih terbuka sekiranya selepas ini ada pihak menawarkannya watak dalam drama atau pun filem dalam genre komedi.

Menurut Elizad, sebelum ini dirinya lebih dikenali dengan watak-watak berat.

“Seperti semua orang tahu kebanyakkan watak yang saya bawa adalah berat dan sudah semestinya mencabar untuk dilakukan.

“Kalau boleh selepas menyertai Super Spontan Xtravaganza (SSX) saya mahu lebih membawa watak yang santai bergenrekan komedi.

“Sebelum ini ada juga buat drama ringan dan komedi tetapi ia ada skrip, sekiranya selepas ini ada lagi tawaran saya terbuka dan akan ambil peluang perbaiki diri.

“Bagi saya ini juga merupakan peluang untuk saya mengembangkan karier lakonan pada masa akan datang dan tidak hanya mahu dikenali dengan watak-watak berat sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

VIDEO: 

 

Sumber : IG elizadsharifuddin / gempak.com

SoyaLemon.ORG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?