[VIDEO] “Haha Lawak La…Berkali-Kali Tengok Video Nie…”- Lebih 150K Tontonan, ‘Drama’ Shiera Bersama Suami Bikin Netizen Terhibur!

Jika tiada gelak ketawa pada hari raya, pasti ia akan merasa suram namun lihat sahaja keluarga besar Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah yang juga merupakan seorang penyampai radio Suria FM ini.

Menerusi video bersalaman bersama ahli keluarga, Shiera telah mendapat perhatian netizen kerana keriuhan dramanya bersama suami. Jika pasangan lain serius ketika memohon ampun dengan suami. Namun lain pula jadinya apabila Shiera ‘berdrama’ dengan suaminya, Ijoy Azahari.

Shiera memuat naik video dilaman sosial Instagram miliknya yang mendapat tontonan lebih 150k yang rata-ratanya tertawa melihat pasangan bahagia ini. Telatah pasangan ini yang dilihat sangat sporting antara satu sama lain mendapat pujian daripada netizen.

Manakan tak, jika video berkenaan menunjukkan Shiera bergurau dengan suaminya sebelum bersalaman iaitu beliau membuat pelbagai wajah terhadap Ijoy yang akhirnya mencium tangan suami. Namun lucunya pula, part terakhir video tersebut Ijoy memberi ‘duit raya’ namun diambil semula.

Mintak maap banyak banyak semua Ini semua drama hahahahha

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Suka tengok family kak…

Telatah Shiera menjadi penyerinya seperti mana ada yang memuji selebriti ini.

Ade orang macam kak Shira memang tak kering gusi…

Sumber: IG Shiera

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?