[VIDEO] “Hahaha! Belakang Aku Cakap Lain..”- Nurhayati Tahir Sindir ‘Wanita Bertalam Dua Muka’

Masih ingat lagi video tular sebelum ini mengenai seorang gadis yang menuntut hutang daripada rakannya dengan aksinya dan mengajuk loghat Thai-Melayu yang mencuit hati?

Pasti ramai yang telah mengenali dirinya yang sering menarik perhatian netizen di luar sana dengan video gurauan dan membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya tidak kering gusi.

Walaupun pelbagai kerenah yang ditunjukkan. Namun, terdapat mesej tersendiri disebalik kata-kata dan perbuatannya secara gurauan dan bersahaja.

Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram, Nurhayati menegur sesetengah sikap wanita yang mempunyai sikap ‘talam dua muka’ iaitu baik di depan tetapi belakang semua benda buruk pasal diri akan diceritak dan diungkit.

Berikut merupakan video yang telah dimuat naik dalam Instagram peribadinya.

VIDEO :

Video yang disunting itu kini telah mendapat 167 ribu tontonan selepas dimuat naik. Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Nurhayati. Semoga kita dijauhkan dari golongan bertalam dua muka. Betul tak?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

@BeritaSteady

Sumber : Instagram Nurhayati Tahir via SoyaLemon


Apa Kata Anda?