Video..Hahaha cakap macam cari gaduh..sakit perut gelak ragam Jaa Suzuran berniaga buat netizen pecah perut.

Siapa tidak kenal dengan penyampai radio Era FM yang kacak dan macho, Jaa Suzuran. Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad telah berumur 24 tahun merupakan pengacara baru yang masih dalam proses pembelajaran dalam industri seni di Malaysia.

Selain menjadi pengacara, Jaa juga telah melakukan perniagaan untuk setiap bulan Ramadhan. Perniagaan yang dilakukan ialah jualan baju Malayu untuk kegunaan jejaka pada hari raya kelak.

So nak tanya ni awak rela ke balik kampung saya dulu untuk raya pertama ni ? Kalau rela malam ni nak bincang dengan family tentang rombongan ke rumah awak ???? #BakalMenantuMakAwak #KitaOK???? : @baekdowhofficial

A post shared by Jaa ERA (@jaasuzuran) on

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah video yang telah dimuat naik Jaa sepanjang satu minit itu. Video tersebut telah menyelitkan perkataan yang menjadi kontroversi baru-baru ini kepada instafamous Faiz Roslan iaitu “Tiber”.

Video tersebut telah menjadi perhatian dan membuat netizen di luar sana tidak kering gusi.

Ehh Tiber?

Selain itu, video tersebut telah mendapat 959k tontonan daripada netizen di luar sana. Rata-ratanya terhibur dengan cara Jaa yang bersahaja dan menarik perhatian peminatnya.

Berikut merupakan komen yang telah ditulis oleh netizen.

Eeee kecoh…

Tak penat ke…anak tekak macam nak keluar…

terhiburrrr u

sumber : IG Jaa Suzuran / newscoviral.com

 


Apa Kata Anda?