[VIDEO] “Hahaha! Rasa Nak Gigit-Gigit Jela Budak Ni!” – Lawak Habis! Black Kena Marah Dengan Dayyan, Cakap Lagu ‘Sakit Ku Rasa’ Tak Viral!

Benar lah kata pepatah “Bapa borek, anak rintik”, telatah comel Dayyan yang suka menyanyi saling tak tumpah seperti minat ayahnya, Black Hanifah. Walaupun si cilik comel ini menyanyi lagu dengan bahasa yang pelat, namun dia berjaya membuat netizen rasa terhibur menonton koleksi video nyanyiannya bersama Black.

Baru-baru ini, sekali lagi si cilik ini telah mencuri perhatian netizen dengan gaya confident yang tiada tandingan. Black telah memuatnaik video dia dan Dayyan sedang menyanyi lagu berjudul “Sakit Ku Rasa”. Dalam video tersebut nyanyian Black telah disambung oleh Dayyan, namun di hujung lagu tiba-tiba Dayyan marah dengan ayahynya hanya kerana Black mengatakan lagu tersebut tidak viral. Memang lawak habis.

Apatah lagi bila tengok Dayyan mula-mula beriya menyanyi lagu tu tiba-tiba menguap mengantuk.

Rata-rata netizen yang menonton video nyanyian Black dengan Dayyan memberikan reaksi dan komen yang positif dalam laman Instagram Black sendiri. Ada netizen yang memuji Dayyan seorang budak yang sangat kelakar dan sangat bijak menyanyi.

Malah, netizen juga dah boleh nampak masa depan Dayyan lebih ke arah bidang nyanyian sama seperti ayahnya. Ada juga netizen yang geram dekat Dayyan samapikan rasa nak gigit-gigit ja sebab Dayyan comel sangat.

Dayyan marah Black bila ayah dia cakap lagu “Sakit Ku Rasa” tak viral

VIDEO :

Marah betul dayyan bila cakap lagu sakit kurasa ni xviral!!! ????????????yela2 vilelll la….adeihh…. #sakitkurasa #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan #nimemangviral

A post shared by #NYAWABLACK @cirakhairy (@black.hanifah) on

Viral ja kerja dia

Rasa nak gigit-gigit jelah budak ni, geram betul

Nyanyi beria lepas tu menguap

Sedap pulak dia nyanyi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?