
Siapa yang tidak mengenali pelakon popular Sheila Rusly yang hebat dalam menghayati setiap karakter semasa berlakon. Sheila mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika dia berusia 16 tahun. Sheila telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang.
Baru-baru ini, Sheila telah pergi bercuti bersama keluarga di Phuket, Thailand termasuklah juga adik lelakinya yang bernama Izaaq Rusly. Lumrah adik-beradik pasti akan ada pahit dan manis serta sakat-menyakat itu merupakan perkara biasa.
Menerusi entri yang telah dimuat naik oleh Izaaq Rusly di Instagram. Ramai netizen yang terhibur dengan telatah adik-beradik ini kerana perangai gila-gilanya membuli Sheila Rusly yang sedang berdiri. Selain itu, mimik muka Sheila juga buat netizen tidak kering gusi dan sempat memaki adik lelakinya itu.
Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 754 ribu. Walaupun perbuatan itu kelihatan seperti bergaduh tetapi itulah lumrah adik-beradik untuk lebih mengeratkan lagi hubungan. Bak kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.
VIDEO :
10 kali ulang tayang
Nasib baik kurus
Untung lah ringan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Instagram Izaaq Rusli