[VIDEO] ‘Jangan Kacau Maryam Tidur! Kesian Maryam Penat Sangat Lah Tu!’ – Netizen Tegur Cara Fizo Omar Kejutkan Maryam, Si Comel!

Pasangan selebriti sama cantik sama padan Fizo Omar dan Mawar Karim sering menjadi sebutan para peminatnya. Apa tidaknya kelahiran cahaya mata sulung mereka Maryam atau nama penuhnya Wan Maryam bt Wan Hafizol yang lahir pada 29 December 2017 telah menarik perhatian netizen dek kecomelannya.

Pasangan merpati dua sejoli Fizo dan Mawar acap kali berkongsi wajah buah hati mereka pada laman Instagram peribadi. Maryam merupakan seorang precious baby. Apa tidaknya, namanya yang indah dan secomel wajahnya.

Semalam, Mawar ada memuat naik video anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram. Video berkenaan turut disertakan dengan kapsyen : Ala keciannya Maryam letih sangat photoshoot hari ni terus lena la Maryam tu.. Bertabah ya Maryam walaupun kena buli ng bapa ok.

Letih sangat ni.

Lena ye Maryam, sampai tak sedar Bapa Fizo ganggu.

VIDEO :

Ala keciannya Maryam letih sangat photoshoot hari ni terus lena la Maryam tu ????????. . . Bertabah ya Maryam walaupun kena buli ng bapa ok ????. . ( Dress ???? Maryam @maryamfareedakids )

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

Apa yang menarik perhatian para peminat ialah gaya Maryam umpama berlakon untuk tidak sedarkan diri walaupun berkali-kali di kejutkan oleh Fizo Omar. Walaupun video ini mendapat 387k tontonan dan 21k likes. Namun, terdapat juga komen positif dan negatif daripada netizen di luar sana.

Berikut ialah reaksi positif, peminat memuji kecomelan Wan Maryam dan hidungnya yang mancung. Tidur pun Maryam nampak comel sangat.

Tengah mimpi main dengan upin ipin la tu..

Macam anak patung..

Haha. Gempa bumi pun tak sedar kalau begini..

Acting dia.. Nanti malam buli balik daddy..

Puasa juga ni..

Manakala, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan cara Fizo dan Mawar mengejutkan anak mereka yang sedang tidur lena kerana Maryam masih bayi dan tidak baik untuk Maryam.

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?