[VIDEO] “Kenapa Kau Letak Garam? Suka Hati Aku La…”- Lawak! Jawapan Win Hazama Bila Black Tanya Kenapa Goreng Ikan Masin Letak Garam

Penyanyi Black Hanifah sememangnya sering memuat naik video yang menunjukkan telatahnya bersama anak lelaki, Khaleef Dayyan. Namun, kali ini apa yang menarik perhatian adalah Black berkongsi video bersama Hazama.

Namun, sebelum itu Black dan Hazama sememangnya pernah bersama-sama menjadi mentor bagi rancangan Mentor Milenia dan selain mereka, penyanyi terkenal Azlan dan Akim Ahmad juga turut serta dalam rancangan tersebut.

Malah tidak mustahil, dalam video ini Black dan Hazama kelihatan sangat mesra bergurau. Menerusi video yang mendapat tontonan hampir 200k ini membuatkan ramai yang terhibur.

Manakan tak, jika dalam video ini kelihatan Hazama yang mengoreng ikan masin dengan meletakkan garam dan tambah pula Hazama yang memasak sambil menari itu sangat mencuit hati pengikut Instagram Black.

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Hazama sehingga ada yang mengatakan nanti akan mendapat darah tinggi kerana terlampau masin.

Dah nama ikan masin, buat pe nak tambah garam…

Hahahaha aduhh darah tinggi member…

Sumber: IG Black Hanifah

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?