[VIDEO] “Kenapa Lambat Tidur… Join Tengok World Cup Yer”- Aksi Aqeef Anaqi Tersenyum Bikin Netizen Geram!

Pasangan pelakon yang sama cantik sama padan Amyra Rosli dan Amar Baharin sering menjadi perhatian kerana kecomelan putera sulung mereka iaitu Aqeef Anaqi. Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober tahun lalu. 

Pasangan ini telah mewujudkan laman instagram untuk Aqeef Anaqi bagi mempamerkan perkembangan anaknya kepada peminat di luar sana. Gelagat Aqeef Anaqi pasti akan mencairkan sesiapa saja kerana berpipi comel dan tembam.

Semalam, satu video yang berdurasi 50 saat telah dimuat naik yang memaparkan gelagat dan kelakuan Anaqi yang semakin bijak. Anaqi seperti seorang dewasa yang sibuk sama hendak menonton World Cup bersama Amar sambil menyerlahkan senyuman manisnya.

 

Anaqi start membulatkan mata siap senyum pukul 2 pagi.

bila #worldcup2018 dah start tp anak aku pon start membulatkan mata siap senyum pukul 2 pagi ???????? Anak ohhh anak @aqeefanaqi

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 90 ribu dan rata-rata netizen terhibur dengan kelakuan Anaqi yang semakin pandai dan comel.

Dia tahu daddy dia record dia buat-buat ngade… Geram tengok senyuman dia…

Alaa senyum tuhh…

Daddy dia lak kena kacau tak kasi tengok bola…

Sumber: IG Amar Baharin

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?