[VIDEO] “Kesian Kawan Tu Pagau Dah Roboh! Tinggal Tiang Seri Ja Tu!” – Sahur Achey Bersama ‘Orang Hebat’ Bikin Netizen Terhibur!

Dengar sahaja suaranya yang nyaring dan tinggi, pasti netizen sudah terbayang muka selebriti yang kelakar dan sempoi iaitu Achey Bocey. Sentiasa hadir dengan ideanya giler dan kreatif, Achey tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan memuatnaik video yang menghiburkan hati peminat.

Baru-baru ini, Achey ada memuatnaik video sedang bersahur di restoren fast food. Video tersebut dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Saya sahur dengan orang hebat..”. Malah, video Achey itu juga telah meraih lebih dari 100K jumlah tontonan di laman media sosial Instagram.

Menerusi video tersebut, apa yang mencuit perhatian netizen adalah orang yang duduk disebelahnya. Dia menyuruh individu disebelahnya gigit sebatang kentang goreng, namun perkara tersebut menjadi lawak apabila individu terbabit tidak mempunyai gigi untuk menggigit kentang tersebut. Bukan main lagi Achey pun sama ketawa dalam videonya itu.

Netizen yang menonton video lawak tersebut telah memberi pelbagai reaksi dan komen lucu di laman Instagaramnya. Malah, rata-rata netizen tak tahan nak gelak selepas melihat video Achey bersahur. Netizen juga turut berasa kasihan dengan individu yang digelar sebagai pakcik kerana tidak mempunyai gigi untuk menggigit sebatang kentang.

Achey bersahur bersama orang yang hebat..

VIDEO :

Saya sahur dengan orang hebat…. #yangterindah sahur saya.. ????

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Sumpah lawak..

Tak pernah mengecewakan..

Tak bawa gigi..

Tengok berulang kali..

 

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?