[VIDEO] “Korang Mode Salam Yang Mana? Mohon Tengok Sampai Part Jihan”- Lawak Salam Jilat Tangan! Telatah Jihan, Zara, Shila Bersama Fara Fauzana

Pasti ramai yang mengenali dengan empat selebriti yang kini menjadi perhatian netizen kerana suka melihat perhubungan persahabatan yang terjalin antara mereka.

Selain Izara Aishah dan Kila Fairy, persahabatan antara Jihan Muse, Zara Zya, Fara Fauzana dan Shila Amzah turut menjadi kejutan buat netizen. Manakan tak, jika mereka berempat merupakan selebriti berlainan bidang.

Malah gabungan antara seorang pelawak, penyanyi, penyampai radio dan pelakon memeriahkan lagi persahabatan antara mereka. Terdahulu, mereka menceritakan bagaimana dapat menjadi ‘bff’, ia mungkin kerana ramai yang tertanya kenapa mereka berempat boleh rapat dan akrab antara satu sama lain.

Lihat sahaja video yang dikongsi oleh Fara Fauzana menerusi laman sosial Instagram miliknya itu. Menerusi video berkenaan dapat dilihat betapa akrabnya empat selebriti ini sehingga dapat ‘bersalaman’ disamping bergurau antara mereka.

Sempena hari raya, Fara berkongsi telatah mode ketika bermaafan bersama rakan-rakan karibnya itu dan ia membuatkan rata-rata terhibur melihatnya.

5 M O D E S A L A M . Pagi2 ni ramai yg beratur utk bersalaman tp kena ingat salam ada maknaaa tuu ???? . nota : korang mode salam yg mana? Mohon tgk smpai part jihan Hahahah . Notalagi : saya susun 10 jari mohon maaf andai yg oernah terasa hati .. moga jgn simpan dlm hati takut obesiti ????❤️ . #farafauzana #saffjmzz #bilafafaubalikrembau #gengrayanogori #bilafafaueditvideo #bilafafautrobek

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Lawak la empat sekawan…

Lawak lah korang ni…ni baru bff.

Sumber: IG Fara Fauzana

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?