[VIDEO] “Merdunya Suara Macam Penyanyi Asal Je!” – Woww Sedap Giler! Netizen Puji Kemerduan Suara Kilafairy Bawa Lagu Hindustan

Selain bakat berlakon, nampaknya selebriti cantik manis Kilafairy telah meneroka bidang nyanyian pula.

Terbaru Kila menerusi laman Instagramnya sempat memuat naik beberapa video persembahan nyanyiannya di Klang Parade.

Kila pada awalnya menyanyikan lagu Selamat Hari Raya sebelum menyanyikan sebuah lagu hindustan bertajuk Khushiyan Aur Ghambersama seorang lelaki di atas pentas.

(slide ke tepi jika ingin tonton video ke 2 dan ke 3)

Thank you for having me, @myklangparade ! Jangan lupa shopping raya dekat sana guys ????

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Namun apa yang mengejutkan adalah suara Kila yang menyerupai penyanyi asal lagu hindustan berkenaan. 

Rata-rata memuji dan terpegun dengan kelunakan dan kemerduan suara anak kelahiran Kuala Lumpur itu, malah ada yang meminta Kila untuk menyanyikan lagu berkenaan dalam versi penuh.

Video berkenaan yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya mendapat lebih 10K likes daripada warga Instagram.

Kila pernah bergandingan dengan penyanyi antara bangsa, Sean Kingston dan DJ Aku Ash dalam single pertamanya bertajuk “Put The World In’.

Sumber Instagram Kilafairy

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO] “Merdunya Suara Macam Penyanyi Asal Je!” – Woww Sedap Giler! Netizen Puji Kemerduan Suara Kilafairy Bawa Lagu Hindustan – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.