[VIDEO] ‘Mitok Mustang Supo Mitok Kete Hotwheel! Untung Kau Dik Hidup Mewah! Asal Mitok Jah!’ – Dato Sri Vida Dikritik Netizen, Anak Minta Kereta Mahal!

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Dato Sri Dr. Hazimah Othman atau lebih glamour dengan panggilan divanya sebagai Dato Sri Vida telah memuatnaik satu video mengenai anaknya, Cik B yang merajuk sebab mahukan kereta. Video tersebut telah dimuatnaik di laman Instagram Dato Sri Vida beserta dengan kapsyen ‘Cik B merajuk. Nak kereta. Haha..’

Menerusi video tersebut, Dato Sri Vida bertanya kepada anaknya mahu kereta yang mana. Cik B dengan mukanya yang masam menjawab dia mahukan kereta mustang sambil menunjukkan gambar kereta pilihannya di telefon. Malah, ketika itu Dato Sri Vida dan anaknya sedang menunggu waktu berbuka puasa. Cik B tegas mahukan kereta tersebut pada hari itu juga.

Dato Sri Vida yang sentiasa lembut dengan anaknya telah berjanji untuk membelikan Cik B sebuah kereta Mustang mengikut warna kegemaran Cik B. Dalam video itu juga Dato Sri Vida sempat menyanyikan lagu happy birthday kepada Cik B. Malah, Dato Sri Vida berpesan kepada anaknya supaya berbuka puasa dahulu.

Rata-rata netizen telah memberikan reaksi dan komen mengkritik terhadap Dato Sri Vida di laman Instagramnya. Ada yang mengatakan Cik B minta kereta macam minta gula-gula. Bukan kereta biasa-biasa yang Cik B minta dekat Dato Sri Vida. Ada juga netizen yang memberi peringatan kepada Dato Sri Vida supaya tidak terlalu manjakan anak dan melayan merajuk anak. Cik B perlu tahu erti penat lelah untuk dapatkan sesuatu.

Cik B merajuk nak beli kereta Mustang..

VIDEO :

Aummm.. Cik B Ngaju.. Nak Kereta.. Ha ha @cikb_havoc66

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Untungnya, senangnya..

Minta kereta Mustang..

Mustang kereta atau kuda..

Jangan manjakan anak..

Bersederhana..

Macam minta gula-gula..

Jangan ikut kehendak anak..

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?