[VIDEO] Nabila Huda Menangis Di Thailand Kerana Makanan yang Terlalu Sedap..

Nabila Huda adalah salah seorang pelakon versatil di Malaysia. Apa sahaja watak dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya pasti akan digalas dengan sepenuh hati dan terkesan dihati penonton.

 

Selepas gagal dalam perkahwinan pertama, Nabila Huda mendirikan rumah tangga kali kedua dengan tauke kafe hipster, Mohd Izwan Johar, 34 pada akhir tahun 2015 dan mengakui bahagia dengan kehidupan barunya di samping puterinya yang bernama Keisha Laila.

Baru-baru ini Nabila telah menjalani penjelajahan solo ke Asia Tenggara dengan menaiki train yang bermula 11 Oktober yang lalu. Dalam perjalanannya beliau tidak ketinggalan untuk merakam saat-saat indah semasa penjelajahannya.

Salah satu video yang dirakam dan dimuat naik di laman instagram miliknya adalah saat beliau merasa kari hijau di Thailand. Reaksi yang dikatakan sangat ‘over’ ditunjukkan oleh beliau membuat netizen terhibur dan mencadangkan agar beliau menjadi hos dalam rancangan ‘Jalan-jalan Cari Makan’.

Pernah tak korang rasa sebak sebab makan makanan Yang terlalu Sedap?Menitik-nitik air mata kite makan Green curry yang Takkan dapat rasa sama macam kt thailand..😂 #southeastasiabytrain

VIDEO :

Netizen turut terhibur dengan ‘drama’ yang ditunjukkan oleh Nabila Huda.

over gilaaa dah blh la masuk super spontan taun depan ni takleh tak gelak klu tgk video kitak

kenapa kena tngok ig kupu_kupu ni hari2 pulak tu adoiii…sbb hilang stress tengokkkk

i pun terharu sampai nanges

pasal acting bagi kt abil.. semua jadi aihh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram kupu_kupu via @LubukMaklumat

 


Apa Kata Anda?