[VIDEO] ‘Ni Mak Attar Ke Attar?’ – Comel Habis Bila Aeril Zafrel, Wawa Zainal Kena Jawab Soalan Spontan!

Baru-baru ini pasangan sama cantik sama padan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah dijemput ke rancangan Kata Serasi di bawah program nTV7.

Menariknya salah satu segment dalam rancangan berkenaan, Ngam X Ngam menguji kefahaman Wawa dan Aeril mengenai antara satu sama lain. Selain soalan peribadi, beberapa soalan mengenai anak dan keluarga juga turut ditanya oleh hos Diana Danielle dan Naz Rahma.

Lucunya kebanyakan soalan yang ditanya oleh hos dapat dijawab oleh Wawa, manakala Aeril pula dilihat banyak ‘menyelewengkan’ pertanyaan selepas memberikan jawapan yang kurang tepat.

VIDEO:

Rata-rata terhibur dengan aksi mereka berdua, malah ada yang mendoakan kebahagian mereka sehingga ke syurga.

Video berkenaan yang dimuat naik oleh ntv7malaysia ditonton hampir 70K tontonan oleh pengguna Youtube.

Kata Serasi merupakan program untuk selebriti berkongsi kisah mengenai perhubungan dan gaya hidup.

Sumber Youtube nTV7 via KisahDunia.COM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?