[VIDEO] “Ni Namanya Tak Sedar Diri Suara Dah La Hauk!” – Didakwa Suara Sumbang Dan Sengau, Lagu Raya Fattah Amin Dikecam Ramai?

Selepas mengeluarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin sekali lagi tampil dengan lagu bertemakan hari raya.

Walaupun baru sahaja dikeluarkan beberapa hari yang lalu, nampaknya lagu bertajuk ‘Syawal Kali Ini’ itu sudah tersenarai di tangga Top 3 carta iTunes, di bawah lagu Lagi Syantik dan Fake Love.

Namun siapa sangka lagu berkenaan yang dinyanyikan Fattah ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini menerima kecaman dan kritikan daripada netizen.

Ada yang mendakwa suara suami kepada pelakon Fazura itu sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah lebih fokus kepada bidang lakonan berbanding bidang nyanyian.

Video berkenaan yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram ditonton lebih 40K tontonan oleh warga Instagram.

VIDEO :

Syawal Kali Ini merupakan lagu yang ditulis Aizat Amdan dan Mel Ramlan dan diedarkan oleh Universal Music Sdn Bhd.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO] “Ni Namanya Tak Sedar Diri Suara Dah La Hauk!” – Didakwa Suara Sumbang Dan Sengau, Lagu Raya Fattah Amin Dikecam Ramai? – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.