[VIDEO] “Pasangan Bahagia 2019..”- Eflira Loy Jadi Hos Jemputan Meletop, Jawab Isu 5 Kali Majlis Resepsi..

Kali ini bagi program Meletop, Elfira Loy pula menjadi hos jemputan bagi mengantikan Neelofa. Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila kisah pertemuan selebriti ini bersama suaminya turut diceritakan menerusi program tersebut.

Pasangan bahagia.. 

Pasangan bahagia bagi tahun 2019, Elfira dan suaminya, Faris Anuar masih lagi menjadi sebutan ramai dengan kisah perkahwinan mereka. Namun, isu membabitkan 5 resepsi juga dijawab oleh pasangan ini yang dikatakan tidak seperti yang diperkatakan.

Nabil selaku hos tetap bertanya mengenai isu terbabit namun Elfira dan Faris menafikan malah tidak ada resepsi sebanyak 5 kali.

Takde sampai 5..

Bagaimanapun, di ruangan komen ramai yang memuji dengan sifat pemalu suami kepada selebriti terkenal ini malah mereka turut terhibur dengan seloroh Nabil bersama pasangan bahagia ini.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, perkahwinan selebriti terkenal iaitu Elfira Loy bersama jejaka pilihannya iaitu Faris Anuar masih lagi menjadi sebutan ramai.

Mana taknya, pasangan sama cantik, sama padan ini dikatakan sangat romantik apatah lagi setelah melihat rakaman video pendek yang dimuat naik menerusi Instagram Elfira.

Bagai pinang dibelah dua!

First part is done..

“Janganlah buat macam saya berat”..

Di ruangan komen, pastinya pasangan ini menerima komen positif daripada peminat apabila mereka dikatakan sangat ‘sweet’ bersama.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri apabila memilih pada hari pertama tahun 2019 yang sangat mendapat perhatian ramai untuk diijabkabulkan. Semoga sentiasa bahagia buat pasangan ini.

Meskipun, terdahulu kisah cintanya menjadi kontroversi namun Elfira kini dilihat semakin bahagia dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Faris Anuar.

Pasangan ini telah sah menjadi suami dan isteri pada hari pertama tahun baru 2019 yang mana hari bahagia mereka menjadi perbualan ramai.

Sekali lagi, kapsyen ‘sweet’ Elfira di Instagram mengenai permulaan baru dalam hidupnya yang kini sudah bergelar isteri mencuri tumpuan netizen.

Inilah saat yang kunanti..

“kerana cinta yang mati, aku telah menemui cinta yang sejati. Inilah saat yang kunanti, cinta yang ingin ku bawa hingga ke syurga dan bukan saja duniawi,” katanya di Instagram.

Semoga kekal abadi dik..

Bagaimanapun, netizen sekali lagi mengucapkan tahniah buat Elfira yang kini sudah menemui cinta hatinya dan turut mendoakan hubungan pasangan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Elfira Loy/ MeleTOP Via HCL


Apa Kata Anda?