[VIDEO] “Pernah Tak Ada Perasaan Dekat Hannah Delisha?” – Syafiq Kyle Kantoi Juga Akhirnya

PETALING JAYA: Syafiq Kyle menyangkal dakwaan mengatakan dia bermasam muka dengan aktres Hannah Delisha kerana timbul salah faham di antara mereka sebelum ini.

Syafiq berkata, dia sendiri ada terdengar khabar angin itu namun enggan memanjangkannya kerana hubungan mereka baik dan bukannya seperti diperkatakan sesetengah pihak.

“Dakwaan mengatakan kami bermasa muka tidak benar… Hubungan kami masih baik, berkawan seperti biasa dan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku.

“Saya ada juga dengar-dengar tentang hal ini tapi kami memang tiada masalah,” katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui pada tayangan perdana filem Langsuir yang diadakan di MM Cineplex eCurve di sini pada malam Rabu.

Pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer ini menjawab gosip kononnya mereka mengelakkan diri daripada bergandingan dalam sesi fotografi pihak media bagi mempromosikan filem tersebut.

Sementara itu, Syafiq berkata komitmen dan kesibukan kerja membuatkan mereka tidak dapat mencari waktu sesuai bagi memenuhi permintaan menggandingkan mereka bersama.

“Sejujurnya kami agak sibuk dengan penggambaran dan kerja masing-masing, jadi tak dapat nak cari waktu yang sesuai.

“Selalunya kalau saya menjalani penggambaran, Hannah lapang dan begitulah sebaliknya… Sebab itu susah nak cari masa yang sama-sama bebas dari kerja.

“Bagi promosi filem Langsuir ini tiada masalah untuk kami memenuhi sesi fotografi dan minggu ini pun kami akan memulakan rangka promosi bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata dia tidak kisah jika isu perselisihan faham ini menjadi perbualan peminat malah jika hal itu boleh menjadi sebahagian publisiti untuk filem Langsuir, mereka berdua menerima dengan hati terbuka.

“Kalau isu ini boleh membantu untuk promosi filem ini, saya okay sahaja kerana sekurang-kurangnya ia membawa kebaikan untuk kami.

“Tetapi saya ingin tegaskan isu bermasam muka ini bukan gimik dan kami berdua tiada masalah peribadi,” katanya.

Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisah, Langsuir turut dibintangi oleh Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.

Filem seram arahan Osman Ali ini bakal menemui penonton dipawagam bermula 20 September depan.

VIDEO PENUH :

Video Syafiq Kyle & Hannah Delisha

Anda rasa pernah atau tak pernah Syafiq Kyle & Hannah Delisha buat benda benda yang kai sebutkan tu ????? #manisfm #selebritimanis

Posted by Manisfm on Tuesday, September 18, 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : mStar via SoyaLemon


Apa Kata Anda?