[VIDEO] Persembahan Jalanan Oleh Seorang Kanak-Kanak Dari Taiwan Telah Membuatkan Ramai Terhibur

Kanak-kanak lelaki bernama Feng E ini mempunyai bakat bermain ukulele yang luar biasa mengagumkan! Walaupun masih kecil, Feng E pernah menyertai rancangan ujibakat Asia’s Got Talent dan dipilih oleh David Foster sebagai Golden Buzzernya…

Walaupun anak muda berbakat besar ini tidak memenangi pertandingan itu, setiap persembahan yang pernah dipamerkannya di pentas besar itu sentiasa kekal di ingatan para penonton dan juga juri.

Terbaru, Feng E telah melakukan satu persembahan jalanan di Taipei, Taiwan. Dengan memainkan lagu ‘Classic Gas’ oleh Tommy Emmanuel, Feng E berjaya memukau semua pejalan kaki yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

Cara kanak-kanak ini bermain ukulele ibarat pemuzik profesional turut mengagumkan orang ramai. Rasanya, Feng E mempunyai peluang yang cerah dalam bidang seni muzik pada masa hadapan.

Selepas menonton video ini, anda pasti akan terpesona kerana kanak-kanak ini berjaya membuatkan bunyi ukulele kedengaran indah dan memukau!

VIDEO : 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : EraBaru


Apa Kata Anda?