“Allah Tarik Dia Tapi Allah Hadiahkan Dia” – Video Saleem Ini Buat Ramai Tersentuh

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan pemergian penyanyi lagenda, penyanyi bersuara emas, penyanyi yang satu dalam sejuta iaitu Saleem.

Sejurus solat Zuhor tengahari tadi, jenazah penyanyi popular, Saleem telah selamat dikebum1kan di Tanah Islam Perkuburan Cheras Perdana. Lebih 300 saudara, kenalan serta rakan artis dan sebilangan media telah hadir di surau berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed, 57, sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Berbuat Baik Kepada Semua Orang

Antara yang hadir sudah pasti anak kepada Saleem yang kini turut mengikut jejak langkah allahyarham iaitu Syafiq Farhain.

Menurut Syafiq semasa ditemubual media:

“Ayah ada berpesan. Pesanan itu akan sentiasa diingati, apatah lagi kini turut mengikut jejak ayahnya menjadi insan seni.

“ Saya begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang. Meskipun tidak membesar sepenuhnya bersama ayah, arw4h ada menitipkan pesanan supaya sentiasa berbuat baik tanpa mengira sesiapa.

“ Kehilangannya itu tiada ganti dan saya yakin, meskipun sudah tiada, karyanya akan terus hidup dan subur di hati ramai,” ujar Syafiq

Syafiq berkata, selepas ayahnya mendapat kemalangan pada 20 September lalu, dia sempat menziarahinya yang ketika itu menerima rawatan di sebuah hospital di Kajang, Selangor.

“Selepas itu, saya mula sibuk dengan persiapan untuk konsert akhir Big Stage. Selepas itu, saya mendapat tahu arw4h dibenarkan pulang sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), tiga hari lalu.” – Syafiq

Saleem yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, kira-kira jam 2 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28; Nurfahmie Jufrie, 26; Nur Syafiq Farhain, 24; dan NurulAzwanie Shuhada, 18; serta Mohd Amirul Mukmin, 15, hasil perkahwinan bersama Julia Bachok.

Sementara baru-baru ini sebuah video dimuat naik di laman IG milik GempakAstro memaparkan bagaimana pemergian Saleem lantas digantikan dengan kehadiran anak lelaki beliau iaitu Syafiq Farhain.

Sejak awal kemunculan Syafiq Farhain dalam arena hiburan seni tanah air, ramai pihak kagum dengan bakat dan suara beliau yang seiras suara arw4h bapanya, Saleem.

Sungguh hebat kuasa Ilahi. Seperti mana kapsyen yang dimuat naik oleh Harris Annuar dalam IG beliau;

”Allah tarik dia tapi Allah hadiahkan dia”

Sememangnya mendalam kata-kata yang ditulis oleh Harris itu. Apa yang boleh digambarkan adalah bagaimana Allah menarik seseorang apabila sudah sampai ajalnya, Allah lantas menggantikan orang lain yang mempunyai persamaan.

Rata-rata netizen terharu melihat video tersebut yang sangat menyentuh perasaan. Semoga arw4h Saleem ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin

Jom lihat video di bawah

Allah Tarik Dia Tapi Allah Hadiahkan Dia.

Allah tarik dia tapi Allah hadiahkan dia…

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Saturday, October 20, 2018

Jom baca apa komen netizen di bawah

1) Meremang dengar wehh . Semoga Allah tempatkan beliau dgn org org beriman. Sebak bila dgr lagu2 iklim di youtube

2) Arw4h sememangnya legend, suara emas itu tak lari kemana, @syafiqfarhain teruskan berkarya, usaha keras, jaga disiplin hiasi peribadi. Satu hari awak akn jd legend juga dgn izin Allah swt

3) Kurniaan Allah..suara ank Jamal Abdillah pun tak sama ngan suara ayahnya..tp yg ni mmg hampir 100% sama.

4) Ya allah btol sgt caption lu bro..takziah buat si arw4h yng telah pergi semoga tenang di kalangan orng2 yng beriman aminnn

5) Patah tumbuh hilang berganti.. Aku membesar dengan lagu2 arw4h. Tak terasa air mata pun ikut menitis. Perginya arw4h dikala nama shafiq naik.

6) betullah suara dia sama dengan arw4h bapa dia..lagu lagu arw4h selalu kita nyanyi waktu karok..anak anak pun suka dengan lagu lagu arw4h…susah cari penyanyi punya bakat nyanyian yang tip top.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : NewsCoViral

Apa Kata Anda?