[VIDEO] “Sedapnya Dengar Suara Abang Mengaji..” – Bacaan al-Quran Anak Datin Shahida Dipuji Netizen!

Pasti ramai yang mengenali isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida. Baru-baru ini kecoh tentang kelahiran anak keempat pasangan ini yang diberi nama Yusoff Al Qardawi.

Walaupun, tindakan Datuk Aliff dikecam kerana berkongsi video Datin Shahida bersalin puteranya itu namun ia tidak memberi kesan terhadap keluarga bahagia ini untuk berkongsi perkembangan Yusoff. Terbaru Datin Shahida berkongsi rakaman video dilaman sosial Instagram miliknya tentang anak sulungnya bernama Ammar Ahyan yang sedang mengaji quran disamping Yusoff.

Video tersebut mendapat tontonan lebih 440k tontonan daripada netizen dan ramai memuji tindakan anak Datin Shahida ini malah turut memuji kata-kata yang ditulis olehnya sebagai kapsyen pada status tersebut :-

“pandai abang @ammarahyan baca quran dekat @yusoffalqardawi…sayang sangat dgn adik dia ni…kejap2 datang tengok…moga hubungan darah dan kasih sayang ni berterusan hingga ke akhir hayat…xtak ada gaduh adik beradik…takut sebenarnya nak mendidik anak zaman sekarang…mcm2 dugaan…mudahan anak2 saya jadi anak2 yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat…

“semua ibu bapa nak anak pandai dan berjaya dalam akademik…tapi bg saya kalau pandai itu satu bonus…sbb pandai dan kejayaan diukur dr sekeping kertas tapi akhlak yg saya lebih harapkan sbb akhlak dan sikap kita bawa sampai ke akhir hayat…”

VIDEO :

Pandai abang @ammarahyan baca quran dekat @yusoffalqardawi ….sayang sangat dgn adik dia ni……kejap2 datang tengok..moga hubungan darah dan kasih sayang ni berterusan hingga ke akhir hayat…x ada gaduh adik beradik…takut sebenarnya nak mendidik anak zaman sekarang……mcm2 dugaan …mudahan anak2 saya jadi anak2 yg soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat… . semua ibu bapa nak anak pandai dan berjaya dalam akademik…tapi bg saya kalau pandai itu satu bonus….sbb pandai dan kejayaan diukur dr sekeping kertas tapi akhlak yg saya lebih harapkan sbb akhlak dan sikap kita bawa sampai ke akhir hayat.. . Sebelum ramai yg tanya selimut @yusoffalqardawi saya bgtau yusoff dapat hadiah selimut cantik super lembut ni @gf.cobabykids @gf.cobabykids ….kalau nak selimut cantik cmm ni boleh intai2 ig @gf.cobabykids

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sedapnya dengar suara abang mengaji ye

Wanita hebat.. Tahniah

 

Sumber : Instagram Datin Shahida

SoyaLemon.ORG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?