[VIDEO] ‘Sedih Dan Geram Dengan Si Tanggang Moden’ – Air Mata Sherry Ibrahim Menitis Saat Melawat Atok Buntat

Benar kata orang, kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Seringkali kali kita dengar kisah si tanggang moden yang melupakan ibu bapa namun apa agaknya perasaan bila berdepan dengan situasi seperti itu?

Baru-baru ini pelakon, Sherry Ibrahim mengikuti misi ‘Seikhlas Deeja Best’ telah melawat dan membantu keluarga di Johor Bahru.

Dalam banyak-banyak rumah yang dilawati pelakon drama, Syurga Yang Kedua itu, ada satu kisah yang benar-benar meninggalkan kesan di hati Sherry.

“Sherry akan upload few video untuk tauladan semue sebab kisah atok buntat ini amat menyedihkan,” tulisnya.

Menerusi video-video yang dikongsi aktres tersebut di laman Instagram, kelihatan ada ketika Sherry tidak dapat menahan sebak bila mendengar kisah ‘Atok Buntat’.

“Sherry dah janji tak kan nangis bile ‘involve’ dengan CSR project macam ini but this one sherry kalah kerana mmg tak boleh nak kawal perasaan sedih.

“Hargai ibu bapa anda. Peluklah mereka selagi Tuhan meminjamkan mereka pada kita. Apabila mereka tiada nanti, hilanglah satu nikmat dunia yang akan dirindui,” kongsinya.

Part 2 : He told me not to cry … ????#seikhlasdeejabest #atokbuntat

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Di perkongsian terakhir, Sherry meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang melupakan ibu bapa mereka.

“Derhaka, ya derhaka seorang anak terhadap ayah kandung sendiri! Atok Buntat…Sherry sengaja share video ni untuk buka mata semua insan di luar sana.

“Atok Buntat hidup sebatang kara kerana di buang anak kandung sendiri,merempat dalam kontena kecil yang usang, daif serba kekurangan, penglihatan makin memburuk,meraba-raba dalam kegelapan demi meneruskan hidup.

“Sedih dan geram dengan ‘Si Tanggang Moden’, anak kepada Atok Buntat yang tergamak pinggirkan ayah sendiri di penghujung usia tuanya.

“Dalam setiap bait kata si ayah, tiada satu pun perkataan yang menggambarkan keburukan anak si tanggang moden! Betapa seorang ayah memandang tinggi dan menjaga aib seorang anak,” tulisnya.

8 JUN 2018 . Kasih Ibu sampai ke syurga,kasih Ayah sepanjang masa. DERHAKA !! Yer DERHAKA seorang anak terhadap ayah kandung sendiri!!! Atok Buntat… Sherry sengaja share video2 nie utk buka mata semua insan diluar sana.. Atok Buntat hidup sebatang kara kerana DI BUANG anak kandung sendiri,merempat dalam kontena kecil yang usang..daif serba kekurangan…penglihatan makin memburuk,meraba2 dlm kegelapan demi meneruskan hidup.. SEDIH & GERAM dgn 'Si Tanggang Moden' anak kpd Atok Buntat yang tergamak pinggirkan ayah sendiri di penghujung usia tua nya. Dalam setiap bait kata si ayah,tiada satu pun perkataan yg menggambarkan keburukan anak si tanggang moden!!! Betapa seorang ayah memandang tinggi dan menjaga aib seorang anak. Hargai mereka selagi mereka ada.Hargai tidak bermakna anda harus mengahadiahkan sebiji Banglo untuk mereka,tidak perlu kereta mewah,cukup ada bersama mereka selamanya. . ❤️THANK YOU ALLAH kerana beri peluang ini pada Sherry dan diharap peluang ini akan sentiasa ada untuk membuat kan diri Sherry rase bersyukur dengan apa yang Sherry ada sekarang. #sherryibrahim #seikhlasdeejabest #syukurselalu #atokbuntat #jb

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Tambahnya lagi, pengalaman bersama Atok Buntat itu juga turut membuka matanya supaya lebih menghargai orang tua.

“Hargai mereka selagi mereka ada. Hargai tidak bermakna anda harus menghadiahkan sebiji banglo untuk mereka, tidak perlu kereta mewah,cukup ada bersama mereka selamanya.

“Thank You ALLAH SWT kerana beri peluang ini pada Sherry dan diharap peluang ini akan sentiasa ada untuk membuat kan diri Sherry rase bersyukur dengan apa yang Sherry ada sekarang,” tulisnya.

Foto & Video: Instagram Sherry Ibrahim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MediaHiburan

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?