[VIDEO] ‘Sekali Dia Tibai Lagu MCR Daa..’ – Lawak! Hairul Azreen Cuba Speaking English Tapi Sebenarnya Lirik Lagu!

Pelakon Hairul Azreen sememangnya tidak pernah lekang disebut oleh netizen. Mana tidaknya, gelagat anak lelakinya Yusuf Iskandar sudah menambat hati orang ramai. Ditambah pula dengan kegebuan Bujibu Chempel yang sangat comel tu.

Semua pasti tahu Hairul kini sibuk dengan penggambaran untuk filem terbaru Paskal, dengar cerita sampai kena berpisah dengan keluarga. Alahai sedih ye kan? Filem itu melibatkan unsur-unsur tentera jadi memang Hairul selalu training untuk mendapatkan stamina yang cukup untuk beraksi nanti.

Baru-baru ini Hairul memuatnaik video cuba untuk speaking English. Wah sejak-sejak berlakon dengan artis Hollywood. Hairul yang mendekati pelakon Hollywood bernama Tiger Chen ingin menunjukkan skill beliau dalam berbahasa Inggeris.

When I was a young boy, my father took me into the city, to see a marching band,

He said, “Son when you grow up, you can be a fighter like Tiger Chen”..

VIDEO :

My english improved , sejak belakon dengan pelakon hollywood @tigerchenhu ????

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Muka Tiger Chen agak terpinga-pinga dengan kata-kata yang kononnya datang daripada Ayah Hairul tu. Tidak lama selepas itu, pelakon Ammar Alfian mencelah dan mendedahkan apa yang dikatakan Hairul sebentar tadi sebenarnya adalah lirik lagu! Hahaha bertuah punya Hairul.

Rata-rata netizen juga turut terhibur dengan kenakalan Hairul mengusik pelakon lain di set penggambaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Video Lawak Pelakon Hairul Azreen Cuba Speaking English Tapi Sebenarnya Lirik Lagu!! – Kopi Susu

Comments are closed.