[VIDEO] Selamat Jalani Pembedahan, Anak Aliff Syukri Mohon Doa Orang Ramai

Walaupun baru saja semalam dikhabarkan putera sulung Datuk Seri Aliff Syukri sudah selamat menjalani perbedahan mata dan menonton wayang bersama adik beradiknya, itu belum bermakna Ammar Ahyan sudah pulih sepenuhnya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram jutawan kosmetik itu, beliau telah memuat naik sebuah video mengenai keadaan terbaru mata anaknya berusia 10 tahun itu yang masih lagi berair dan merah di bahagian tepi bola mata.

Menerusi video tersebut, Ammar juga berterima kasih kepada bapanya dengan mencium kerana sudi membiayai rawatan itu malah dia juga meminta pengikut penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mendoakan kesihatannya.

VIDEO :

biar dia tak comel mcm anak2 saya yg lain… . . dia baru sahaja bacakan sy doa panjang umur dan murah rezki dlm bisnes.. setiap malam anak saya akan bacakan sy doa dan salam dan kiss saya walapun mata dia hari2 berdarah sbb opret mata sbb juling.. sy nak dia jadi usahawan dan org berugama… doakan ya sahabat sy di ig dan fb utk anak saya @ammar_ahyan mata dia cpt sembuh ya.. . . . . . #jakarta #indonesia #bandung #cook #chef #gendut #banjar #food #jawabarat #letscook #mylifestye #ohabangkosmetik #luxurylifestyle #healthylifestyle

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Berikutan itu, video tersebut mendapat pelbagai komen yang rata-rata menitipkan doa buat Ammar agar segera sembuh dan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.

Semoga Cepat Sembuh…

Semoga Menjadi Anak Yang Soleh…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Datuk Seri Aliff Syukri via  OhMyMedia


Apa Kata Anda?