[VIDEO] Selamba Je Nam Ron Cakap Melayu Depan Mat Salleh

 

Walaupun masih belum ditayangkan di Malaysia, filem One Two Jaga arahan Nam Ron sudah pun mencipta beberapa kejayaan antaranya dipilih sebagai filem pembukaan (opening film) di 20th Udine Far East Film Festival, Itali pada 20 April 2018 yang lalu selain bertanding bersama-sama penyertaan negara lain dari seluruh dunia (In Competition).

Terbaru, Nam Ron telah dijemput hadir ke majlis apresiasi filem di New York. Dalam satu temubual, beliau dilihat ‘selamba’ membalas beberapa pertanyaan pengacara pada majlis itu yang berbahasa inggeris. Steady bang!

Yang penting confident!

VIDEO:

#TerkiniMA: ONE, TWO, JAGA (2018) – NamRon selamba bercakap Melayu depan Mat Salleh sewaktu apresiasi filem di New York.

“Jika kita nak lakukan sesuatu yang betul, tetapi, sistem yang mengelilingi kita tu tak betul, akhirnya, kita akan jadi buat benda yang tak betul.”

Apa susah? Kalau orang putih tak faham Bahasa Malaysia, bawa saja penterjemah. Kan? Yang penting filemnya mengujakan, ye tak?

Sumber: New York Asian Film Festival, / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?