[VIDEO] Selepas Keke Challenge dah reda, Hajat Dance Challenge jadi kegilaan netizen di Malaysia

Sebelum ini, rakyat Malaysia termasuk selebriti telah mengalami demam tarian ‘Keke Challenge’ yang perlu dilakukan di luar kereta dan dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu, In My Feelings, dendangan artis antarabangsa, Drake.

Terbaru, penyanyi Hael Husaini telah mengeluarkan lagu barunya yang bertajuk Hajat dengan tarian yang agak luar biasa sehingga berjaya mendapat perhatian ramai peminatnya kerana mereka turut melakukan tarian tersebut menerusi akaun media sosial mereka.

Penularan video Hajat Dance di media sosial telah membuatkan Buletin Utama TV3 terpanggil untuk memaparkan beberapa buah video dari masyarakat Malaysia yang sudah terjebak dengan ‘Hajat Dance’ gara-gara lagu terbaru penyanyi berusia 30 tahun itu.

VIDEO:

Video yang telah dimuat naik oleh penyanyi Hajat itu telah mendapat perhatian ramai kerana ruangan komen pada posting terseut telah dibanjiri beratus komen dari pengikutnya.

Dulu Haram, sekarang Hajat Dance pulak!

Antara komen dari peminatnya adalah mereka mengucapkan tahniah dengan kejayaan Hael kerana telah berjaya menenggelamkan tarian Keke Challenge. Malah ada juga memujidirinya seorang penyanyi yang hebat kerana dapat mewujudkan sesuatu yang luar biasa.

Anak murid ajak cikgu menari…

Lagu ni memang berhantu…

Sumber : Hael Husain / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?