[VIDEO] “Semua Lawa-Lawa Pandai Masak Nasi,”- Bestnya Lagu Duet Marsha Milan & Velvet Aduk, Sumandak Sabah!

Wow… setelah lama tidak muncul menerusi single terbaru, alumni pelajar Akademi Fantasia, Marsha Milan dan Velvet Aduk telah pun melancarkan single duet mereka, Sumandak Sabah.

Seiring tajuk lagu mereka, Sumandak Sabah mengetengahkan elemen kenegerian, sesuai dengan latar belakang kedua bintang tersebut merupakan anak jati Sabah.

Behind the scenes with our lil munchkin sumandaks. Cute dorang kan? #sumandaksabahmv

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Mengulas mengenai pelancaran single berkenaan pada pertengahan Mei lalu, Marsha memberitahu dia tidak menyangka lagu tterbabit kian diterima baik pendengar bukan sahaja di negeri kelahirannya tetapi peminat di seluruh Malaysia.

“Percubaan kami untuk merakamkan lagu rakyat Sabah menampakkan reaksi positif dan makin diterima baik pendengar. Bukan saja orang Sabah, tetapi rakyat Malaysia yang lainnya.

 

Moga ia akan jadi fenomena, seperti mana yang pernah diterima lagu Anak Kampung dulu,”katanya optimis.

Muzik Video single berkenaan yang dimuat naik pada 17 Mei lalu turut menampilkan beberapa figura terkenal Negeri Di Bawah Bayu itu seperti pengacara, Daphne Iking.

Sehingga kini, ia sudah menjadi antara 50 muzik video paling trending di negara ini, dengan tontonan hampir 300,000 setakat ini bersama 12,000 tanda suka. Well done korang!

Foto: Instagram Marsha Milan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: MH


Apa Kata Anda?