[VIDEO] “Sepit rambut pun Sepit rambut le”.. Hahaha.. Pak Azad guna sepit rambut ganti pin tudung..

Seperti yang kita semua tahu Azad Jazmin dan isterinya Eira Syazira merupakan pasangan selebriti yang sangat sporting dan seringkali mencuit hati netizen dengan gelagat-gelagat mereka sekeluarga. 

Mereka sering memuat naik video-video yang semestinya mencetuskan ketawa yang terbahak-bahak kepada sesiapa sahaja yang menonton video mereka. 

Azad dan keluarganya juga turut menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.

Terbaru, Pak Azad telah memuat naik satu video mengenai masalah yang dihadapi jika ketiadaan isterinya. Dalam video tersebut Azad telah mengenakan Shawl kepada Amarra untuk kelas mengajinya. Disebabkan dia tidak menemukan pin, dia telah mengambil inisiatif untuk menggantikan sepit rambut sebagai pin.

Kapsyen IG :

“Inilah masalah Kalau orang rumah takdak dalam rumah.. punah ranah jadinya.. jadi saya pakaikan tudung kat Amarra dgn Cara saya lah senang… by the way @kelasmengajidatangkerumah mmg awesome.. Amarra happy mengaji dgn Ustaz sheikh.. Bini ku @eirasyaziraofficialsdg hangat promo #SAY DI INDONESIA manakala saya di MALAYSIA sdg hangat dok pikiaq di mana you letak tudung Amarra yg serkop tu love?”

VIDEO :

Rata-rata netizen geli hati dengan tindakan beliau dan meluahkan menerusi komen-komen di laman instagramnya.

Bahang nge kepik rabut teruh.. jadi bohhh

Adoi.. untung dapat husbnd cam ni.. mau aku x terhibur

cantik weyy dia lilit..hahahaha

tengok banyak kali vid ni.. takleh tahan wei

 

Sumber: Instagram azadsyazirarose / @LubukMaklumat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?