[VIDEO] “Sooo pretty la kakak.. Sama Macam Muka Adik Ipar You Tu Pak Azad.. Seiras Je..”- Netizen Puji ‘Rohman Ya Rohman’ Versi Anak Azad!

Pasti ramai yang mengenali dengan keluarga bahagia ini, Azad Jazmin dan Eira Syazira. Apatah lagi, anak perempuan pertama pasangan ini turut menjadi perhatian ramai setelah sering melihat Ammara Sofea Rose disakat oleh Pak Azad. Malah, Ammara juga merupakan salah seorang anak selebriti yang memasuki rancangan Oh My Family!

Azad yang juga suka menyakat isteri tercinta dan Eira yang terkenal dengan cara gelak ketawanya ketika Azad ‘gila-gila’ membuatkan ramai yang suka dengan pasangan ini. Bahkan Azad dan Eira acap kali berkongsi telatah anak-anaknya dilaman sosial Instagram, kali ini Pak Azad berkongsi video Ammara yang telah mendapat tontonan lebih 67k dan rata-rata memuji Ammara.

Kelihatan menerusi video tersebut, Azad merakam Ammara yang sedang menyanyi lagu ‘Rohman Ya Rohman’ daripada penyanyi yang dikenali sebagai Nisa Sabyan. Rata-rata netizen memuji Ammara yang sangat pandai bahkan mengatakan bahawa wajahnya menerusi video ini saling tak tumpah seperti Eira dan adiknya iaitu Syainie Shuhaimi.

VIDEO:

Moments with my girlfriends @anakdarapakazad #ameisyaleannerose ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by Pak Azad KingSmaN (@azadsyazirarose) on

Sooo pretty la kakak…

 

Nissa Sabyan look at this…

Cantik…sama macam muka adik ipar u…

Sumber: Instagram Pak Azad via Kisah Dunia / @DiariDunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!


Apa Kata Anda?