[VIDEO] Suami Dapat Panggilan Tugas Ke Australia, Isteri Susah Nak Lepaskan Pergi

Sudah menjadi tanggungjawab seorang askar, mereka perlu bersedia setiap masa untuk melindungi keselamatan negara. Mereka juga perlu terbang ke luar negara untuk menaburkan khidmat apabila arahan diterima tanpa dijangka. Bagi wanita bergelar isteri kepada askar, pastinya panggilan tugas sedemikian menjadi cabar4n yang sukar memandangkan mereka perlu reda walau apa juga meL4nda sewaktu bertugas kelak. Justeru, isteri tiada pilihan lain selain terus kuat menyokong tugas besar suami mereka.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Been keeping this until my Tchanif officially flying off today to his new responsibility , a place away from homeland . I always look up to your courage and seeing you carrying our flag is indeed a proud moment for me . In sha Allah, you’ll do great there. You always said about 2 things , “Knowledge and character. If you cannot have both, choose character .” My Captain Hanif Hamidi, you got it both and so much more . I see you soon in 🇦🇺 . Be safe . I love you so much. Always have , always will 💙

Siaran dikongsi oleh YOUTUBE : DAYAH BAKAR CHANNEL (@dayahbakar) pada

I love you so much…

Kata-kata itu begitu sesuai menggambarkan rumah tangga pengacara terkenal, Dayah Bakar bersama suaminya iaitu Kapten Hanif Hamidi. Melihat kepada sebuah posting di Instagram wanita ini, rakaman dia menghantar pegawai tentera itu ke lapangan terbang terus meruntun jiwa ramai. Atas panggilan tugas untuk menjalankan khidmat ke Australia, Dayah terpaksa akur dan menguatkan semangat untuk melepaskan pemergian suami tercinta.

Berat hati melepaskan pergi

Bermula dari dalam kereta sehinggalah pagar pelepasan, dapat dilihat pengacara ini benar-benar berat hati menghadapi situasi berkenaan. Di penghujung video sebak itu, Dayah sempat menarik Kapten Hanif ke tepi kononnya enggan melepaskan pergi sebelum dia menitiskan air mata.

Dah kenapa aku nangis jugak?

Seperti diketahui ramai, sebelum ini mereka merupakan jiran dan pernah belajar sekolah menengah yang sama. Tanpa disangka, lelaki berkenaan rupanya telah lama menyimpan perasaan sebelum kedua-dua menyulam cinta seterusnya berkahwin pada Jun  2018. Hubungan yang terjalin sejak sekian lama itu pastinya mempunyai aura luar biasa. Maka tidak hairanlah sekiranya hati Dayah terasa sungguh berat setiap kali menghantar Kapten Hanif pergi bertugas. Mendapat lebih 600,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen begitu luluh hati dengan rakaman tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Instagram Dayah Bakar via AKUOKAY


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*